Saturday, March 24, 2012

alhamdulillah

assalamualaikum...

alhamdulillah .... :) trima kaasih Ya ALlah untuk segala nikmat yang kau berikan buat ku :')
alhamdulillah untuk keputusan SPM yang kau berikan ini...

huhuhu

7A campur2
1B+
1C+

huhuhu walaupun ada Bijak dan Comel kat situ tapi tetap alhamdulillah..huhu pasti ada hikmah kan..
papepon perjalann masih jauh ..baru nak bermula nie...alhamdulillah lagi sekali..pagi tadi selesai sudah  isi borang IPG..moga2 dipermudahkan ..dapat di terima ..amin..

pilihan 1:pendidikan bahasa inggeris sebagai bahasa kedua SK
pilihan 2:pendidikan agama islam SK huhuhu jadi ustazah sey huhu

seingat aku  dulu masa kecik2 ,bila ada org tanye aku
''adik2,nanti da besar nak jadi apa?''
''utajah''.....
hahaha means Ustazah..huhuhu :D
insyallah kan..doakan la aku berjaya di panggil untuk temuduga dan lulus temuduga serta ujian INSAK nanti..amin...

huhu oke la..just short .
pen off dulu //
wasalam :)

Monday, March 12, 2012

bismillah :)

assalamualaikum...

lama aku tak ke sini...huhuhuh diam tak diam lagi SEMBILAN hari!!!
ya Allah,
bantu lah aku ..
bantu lah rakan2 seperjuanganku ...
semoga kejayaan milik kami ya Allah
namun aku berharap agar
Engkau bantu hati2 kami ini untuk reda dengan
apa sahaja ketentuanMU
beri kami kekuatan Ya Allah
amin....
semoga  kejayaan milik kita..... :)
salam~

Sunday, March 4, 2012

USS :)


assalamualaikum.....



welcome to Universal Studio Singapore :)


muka excited :)


HUMAN or CYLON rollar coaster yang gile!!...
nak tercabut otak ngan jantung naik benda alah nie...maximum speed 82km/j..
sumpah taknak naik rollar coaster lagi lepas nie :D




best dapat peluk!!aku ketuk perut dia then kene tegur ngan cameraman kat situ
hhahaha..kesah pulak saya awak tegur :P



Far Far Away Castle :)

Packer Sweet couple hihihihi
comel sangat huhuhuhu :)

really enjoy this holiday..
Alhamdulillah...
nasib x lama2 kat singapore
kalau tak boleh muflis aku 
hahahahaha
btw,love it 
<3
salam :) 

Monday, February 20, 2012

semoga malaikat doakan kita :)


assalamualaikum :)



Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. “Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkanmalaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’ “

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”

10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11. Orang yang sedang melawat orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”

selesai perkongsian :) pen off..salam alaik 

Sunday, February 19, 2012

for you :)

assalamualaikum...

lets picture tell 


...pen off...

Friday, February 17, 2012

:')



assalamualaikum...

''when we face any problem,we must remember that HE is testing us. HE wants us to be a better person''


tapi aku tak selalu nya rasa kuat :'( ..tak selalu rasa tabah... adeh..lembik betul hamba yang hina ni Ya Allah .. i'm sorry ..astaghfirullahalazim... but YOU always nice toward me rite? there for me every time i need YOU..
terima kasih untuk segalanya ya Allah :') alhamdulillah.aku pasti.Allah takkan menguji lebih dari batas kemampuan aku..Allah maha Mengetahui..tapi maaf ..andai air mata nie tumpah lagi..aku tak sengaja..please give me a strength and endurance ya Allah :') amin

Wednesday, February 15, 2012

doa :)

assalamualaikum....

dah bersawang...huhuhu lama tinggalkan blog nie tak berconteng....i'm sorry mr.blog :'(
biasala kan..keje..penat..jari nie nak berlari-lari atas keybord pon rasa segan2 je..haha..okey2..tak pe..penat nie akan berakhir hujung bulan nie :)) yepiii!!!hahaha semalam dah hantar notis berenti keje 2 minggu..huhuhu cukup la tu kan..cari pengalaman kerja 2 bulan..lepas nie aku nak kembali menjadi suri rumah yang berjaya dan bergaya balik..hee :D...erm..sambil menunggu result keluar...35 days to go..takut..erkk tetiba rasa sakit perut!hahaha...erm...and rasa sedih jugak...knapa??..biarla rahsia...keep do doa..the wireless connection to Allah.. :') ..tadi aku jumpa beberapa ayat nie..bila kita berdoa untuk sesuatu..jangan putus asa bila tak berjaya diperolehi..mungkin bukan sekarang Allah nak makbulkan..tapi nanti....sebab DIA lebih mengetahuikan.. :)
so ayat sebenarnye bebunyi begini :)

tertundanya pemberian setelah kamu berulang ulang permintaan,
janganlah membuatmu berpatah harapan..
Allah menjamin pengkabulan doa sesuai dengan apa yang DIA pilih buatmu,
bukan menurut apa yang kamu pilih sendiri...
Dan pada saat yang DIA kehendaki,
bukan pada saat yang kamu kehendaki....
kerana sesungguhnya DIA MAHA MENGETAHUI..



"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah, 2: 216)




huhuhu..cukup untuk kali nie perkongsian..pen off dulu..assalamualaikum..

Thursday, February 2, 2012

:)

asalamualaikum.............

less mood to post anything...
penat...
anis najwa...
kalau tengah happy baru buat TaG kau tu kan..
nanti la ea..
bila happy aku buat k..
i"m sorry..
btw
thanks to anis najwa :)

Monday, January 30, 2012

lalala :)

assalamuaalaikum...

terukir di bintang
:) first time dengar lagu nie rasa nak gelak je..
macam lagu buat iklan echanter 
tak pon iklan2 perfume je rentak dia..
haha :D
-YUNA-
tak rasa ke suara kakak nie unik?
yup.!aku rasa ...
kadang2 rasa pelik..old school habis suara dia..
hahahaha
tapi oke la, sedap2
rasa choclate n strawbery hehehe...
tak de tujuan pon post nie
saje lalu sini..
:)
pen off



Friday, January 27, 2012

kawen awal ???



assalamualaikum....

aku baru 18 tahun...tapi aku rasa aku dah cukup besar untuk buat semua perkara *except yang haram n berdosa la kan*..ceh..than aku terfikir tentang...KAHWIN AWAL..KAHWIN DIUSIA MUDA..hahaha
jangan la cakap aku gatal pulak...mane ade!..aku terfikir je... kawen usia muda2 19 ke 20 ke 21 or 22 ke tak pon 23..oke nie usia2 muda aku rasa untuk berkahwen..acececeh. dah kenapa idayu nie tetiba bukak citer pasal bab kawen?hahaha nie gara2 aku baca satu novel nie la... CINTA KONTRAK :)  heroin citer nie kawen awal...umur 19 tahun..then umur 23,dia ada 5 anak..hahaha dasyat2..sebabnye satu anak sulung+anak kedua yg kembar empat terus :D hahaha best la jugak novel nie....aku yg start baca lepas maghrib, x dapat cari tempat nak berenti baca..sampaikan da pukul 2 pagi lebih baru tersedar mata aku da berpinar pinar je rupanya....hahaha punya la stay up sbb nk habiskan..apada ish3..hehehe tapi camtu la..sebenarnye nak cakap pasal kawen awal nie..mesti ada pros and cons kan ...

ape faedah kita kawen awal??lets we think!

  • pastinya dapat mengelakkan maksiat
  • jimat masa pon ye jugak..
  • cepat matang..hahaha
  • lagi best bila anak da besar2 kita muda lagi..t org ingat adek beradek je..kahkahkah..macam syok je bunyi..
  • then da lame sikit..ada cucu..woit2!hahaha jadi opah muda kot!! 
  • mengembangkan empayar2 umat islam yang bermutu dan ramai di usia muda! hahaha     
hahaha cam menarik je...erm...tapi ape pulak kekurangannya ek??
  • pastinya hilang kebebasan..aiseh man
  • pikul tanggungjawab berat di usia setahun jagung pulak tuh
  • tekanan ke??erm mungkin jugak..
  • xde pendapatan tetap lagi.. yela ..mane la tau kan ..hehe
  • erm ...lagi aku tak dapat nak pikir  dah..haha
erm...so macam mana? hahaha no komen ..aku?hahaha no la..saje2 je post pasal kawen nie...blog aku kan..sukati la uwekkk :P hahaha eh ..cakap pasal kawen pasal kawen nie...tadi aku dengar satu berita sey!berita yang mengerikan!!!! RESULT SPM KUAR 23 MAC 2012!! arghhhh!! macam mana nie....Ya Allah..tolong la bantu aku :'( takut!!...selain bagi aku jodoh yang baik insyallah*cis!sempat lagi tu!! hehehe * berilah aku kejayaan yang manis untuk SPM nie juga..setelah penat lelah berusaha ...macam tu jugak untuk kawan2 ku ya Allah..bantulah kami berjaya sama2 dunia dan akhirat...amin..sekian :) salam alaik 

Thursday, January 26, 2012

versus :)


assalamualaikum...

And now i`m done with Versus..rasa macam tak nak habiskan sebab sayang.tapi,nak tau ending die cepat-cepat.Hehehe. Meh nak buat sinopsis. Sinopsis ke?more to macam ulasan buku la. Haha,,its all about versus in our life. Everyone will have their one turning point in their life.Someday turning point tu akan berlaku jugak dalam diri kita kan.
.....bukan mudah untuk berubah
dari tanpa arah ke sejadah,
dari tepi jalanan ke sujud menghadap Tuhan....
Its about change. From bad to baik. From baik to better. How does `baik` tu means?ahaha..baca sendiri lah ok.:) Before nie orang duk bising create topik ape beza pompuan pakai tudung and tak pakai tudung. Tak semestinya pompuan pakai tudung tu baik and tak semestinya pompuan tak pakai tudung tue jahat. And i get explaination yang memuaskan dalam buku tue. Haha..buku nie bukanla buku agama ke ape ke but it is good. Good for one who want to change. :)
  • Its hard to change.Left our life behind.and its been harder to keep it up.Baca buku nie really touch my heart la. Ahaha..the best novel fromHlovate so far.Sape yang baca Hlovate`s je faham how the book is.Hehe..macam crazy toward Hlovate dah nie..keh3..One word to describe=great!Keep it up la with ur good writing.
♥You`ll never reach perfection because there`s always room for improvement.Yet all the way to perfection you`ll learn to get better♥

oke :) pen off

Tuesday, January 24, 2012

confuse

assalamualaikum.....

pening la
hehehe
macam ne nak pilih??
kena pilih2 nie
ish tak suka betul
nak tak nak kene jugak
macam mana nie
istiharah bole?
erm...
bismillahirahmanirahim
ya Allah..
bantu aku ye
i need your help
......
amin

Monday, January 23, 2012

makan2 saje

assalamualaikum...
petang nak ke maghrib tadi baru je makan.tak sangka pulak akan kuar makan lagi malam nie...makan sate =.=''..malam2 ..double =.='' =.=''..adeh mana la tak obesiti aku macam nie...nasibla lepas tu gi jalan2 kat Tanjung Mas.. tempat rekreasi tepi Sungai Muar..huhuhu..tempat favourite aku lepak2 ngan family pas makn kat luar malam2 n tempat favourite aku gak time rehat waktu keje...duk sesorang pon jadi kan..kat situ bley tngok macam2 aksi ...dari budak kecik hingusan sampai la da tua tak larat nak jalan pon ada...comel je pandang bila tengok family datang jalan2 yang da tua2 duk pegang tangan pasangan masing2 sambil jalan mengimbau kenangn zaman muda2 dulu huhuhu..... tapi bile sampai part bdak2 hingusan a.k.a yang bajet2 sweet couple main duk rapat..main tepuk2 tampar..meluat sungguh!..tu yang boleh nampk..yang x nampk..Allah saje la yang tau...Ya Allah pelihara la aku yang hina nie dari perkara2 yang merosakkan diri..memalukan mak abah..menjatuhkan maruah agama dan yang sewaktu dengannye...Amin..by the way, today was a very peacefulday kan...haha bagi aku je kot..mana taknye duk tolong masak jap kat dapur pastu masuk bilik,naik atas wat hal sendiri..baca novel saje..sengih sorang2,nangis sorang2 hahaha..terlebih dramatik plak..tapi novel yang aku bc tu Islamic..so nice..buat aku sendiri tambah ilmu bila baca.. macam mana  nak jadi baik  ek?huhuhu... Versus by Hlovate :) esok cuti lagi..yeay..! n esok plannye nak naik Muar river Crus kat Tanjung Mas tu lagi..hahaha..gi cuci mata naik bot plak ngan family.. :) harap segalanya berjalan lancar..Amin..oke la...jom tito hehehe nyte people :) pend off salam .
even my fingertip also smile..

untitle

assalamualaikum....

HAPPY DRAGON NEW YEAR to those yang menyambutnye...aku tak..aku sambut MAAL HIJRAH oke :)
tapi xsambut2 pon dapat gak cuti dua hari kan..huhuhu Alhamdulillah :) sehari nie dihabiskan turun naik tangga..duk dalam bilik...baca novel..agak2 lapa turun cari makanan huhuhu..rest habis..tapi duk lelama dalam bilik rase tepu gak akunye cerebrum,medulla oblongata pe kejadah lagi tah...haha..tadi jap..aku dah pakai kan tilam single aku baju :) comel je.warna merah..ada lambang skola lagi hahaha conclusion nye tu cadar skolaku yang ku rindui hihihi nampak suit je..adeh..kejap je rasa...ape yang kejap??yela..tahun 2012 nie....tgok2 da 23 aribulan da...lagi bape ari nak masuk bulan baru...maksudnye makin dekat jugak la result nk kuar..
subahanallah...cuak la..T_T..rasa x nak datang je ambik result nanti....tapi..x boleh la nak lari dari kenyataan..
ya Allah..bantulah hambamu nie..walau ape pon yang terjadi nanti..aku harap aku tabah ya Allah..aku tau Kau selalu dan sentiasa ada ...Thank you ya Allah :)...semoga cintaku padaMu melebihi segalanya..Amin :)
pen off salam alaik ..

Saturday, January 21, 2012

cool+comel=saya :)


assalamualaukum....tak jawab dosa jawab sayang..hahaha*tiru ayat qila :)..

 btw..beberapa puluh minit tadi..aku berasa comel dan cool je di atas jalan raya wakakakaka..oke2..mengaku.nie ayat perasan :P tapi who care rite..erm..mana taknye..
ngan pakai baju hujan warna kuning yang straiking ala2 lampu isyarat BERSEDIA UNTUK BERHENTI..hahaha..alkesah..tadi nak balik keje hujan..agak lebat..ditambah ngan kilat2 dilangit...
uish...agak mengerikan untuk aku..erm tapi berbekalkan keberanian yang bersisa lagi 2 3 gram nie..aku pon terus meluncur sederhana laju di atas jalan raya yang basah..bersama baju hujan kuningku...hahahaha sumpahla ayat skema habis..mula2 aku rase cam ngok je pakai baju tu..hahahaha tapi lelama pakai..wah!! agak cool la..terasa aku comel plak pakai cam nie..wakakakakdush!! prasan lagi :D hehehe..tapi walaupape pon gaya aku tadi..yabg paling penting..ALHAMDULILLAH ya Allah :) slamat jugak saya si comel  sorang nie balik umah ngan hujan2 tadi.....syukur sesangat :) my first experient..





haha..cam nie la baju hujan aku tu..nie cilok kat google je weee :)

Thursday, January 19, 2012

hujan itu rahmat :)

assalamualaikum....
  
kat luar sedang ''hujan kucing dan anjing''-->''rain cats and dogs'' hahaha...sape la yg buat idiom cam gi tu ek..cam ngeri pon ade gak bunyinye hahaha..
hujan lebat nie...sekarang pukul 10 pagi...aku nak gi keje nanti kul 12...harap2 la hujan da reda..amin..

macam ne nak gi keje ni??
walau pun kekadang hujan nie dikatakan ala2 menyusahkan segelintir pihak..tapi disebalik sesuatu tu Allah tak ciptakan ia sia2 kan... :)


hujan oOo hujan...
so tengok la cam turunnya hujan nie... 
tumbuh tumbuhan mesti suka :) kita manusia je tak perasan...yang sebenarnya tumbuhan nie semua tengah bergumbira...huhuhuhu dengan cara berzikir..syukur ngan nikmat yang Allah kurniakan..pastu nanti tanda bersyukurnya si tumbuh tumbuhan nie..dia kluarkan pulak buah2 ke pucuk2 ke..ngan izin yang Maha Kuasa..untuk manusia guna,makan,minum pulak...than..kita as secondary consumer nie kena la lebih bersyukur ngan akal yang Allah bagi..untuk fikir dan muhasabah atas semua kejadian :)..hujan itu satu rahmat..Alhamdulillah :) sekian hihihi
gembiranya saya..Alhamdulillah ya Allah :)
pen offf :)

stalking


I'M A GOOD STALKER...AM I??hahaha :D

Wednesday, January 18, 2012

cicir :'(

assalamualaikum...

alkesah...semalam ..seusai pulang dari kerja..*awat skema sangat nie..hehe...pas balik keje,than da simpan moto baik2 nie..nak capai beg yang disangkutkan kat pat kaki..almaklumla..bawak skuter ne ade bakul..so main sangkut2 je kat penyangkut bawah tu*erkk..hehe x tau cam ne nak jelaskan..tapi ape yang penting...!!OMG!!! mana beg aku???!!!! uhuk uhuk uhuk...beg keje aku da tercicir....tanpa disedari....da kat rumah baru sedar...nak wat cam ne..takkan malam2 da kul 10 lebih cam tu aku nak patah balik sesorang..cari beg kat tengah jalan...tak pon gi tanye sesapa yg lalu lalang.."cik2,ada nampak beg saya tak ..warna hitam..yang tercicir kat tengah jalan tu..!@#$%^&*(+......'' erm..pasrah dalam kesedihan..maafkan aku beg..
tapi lagi buat aku sedih bila dalam beg tu ada :
-novel yang baru dibeli :"(
-dua biji limau mandrin yg boss bagi
-compac powder
-handkerchief
-bekas makanan aku...
sob3.....so disebabkan arinie aku off..tadi sempatla gi buat sesi MENCARI&MENYELAMAT beg aku tu dalam gerimis2 sob sob sob...bawak moto bukan main sopan je tadi..slow2..mata pandang bawah..kat jalan..ne tau ada rezkikan..erm...namun......hampa :'(


erm....takpe la...''mesti ada hikmahkan...''
so lepas nie jangan cuai lagi..
jangan syok sendiri bila bawak moto tu..
nasib la bukan orang yang tercicir...
huhuhuhu alhamdulillah
ok la...pen off salam

Monday, January 16, 2012

BFF :)

assalamualaikum...


one step closer :)



:)

:))

Sunday, January 15, 2012

meow :)

assalamualaikum...
huhuhu penatnye hari nie :)
erm....tarik nafas panjang je nie..
tapi pape pon yang berlaku hari nie
tu yang dinamakan KEHIDUPAN :)
alhamdulillah
hah so sekarang, selain tangan yang
berlari-lari atas keyboard..
sambil2 tu jom senyum dua saat
macam meow nie

hai kawan2 ..nama saya sekuntum..bole panggil saya kuntum je :)
senyum la macam saya nie..jangan stress2 oke..
even arini saya tak dapat friskis..
dapat ikan pon jadi la kan...
just Alhamdulillah :)

hehehehe....oke la ...pen off :) salam

Friday, January 13, 2012

Thursday, January 12, 2012

work :)

assalamualaikum..
masa untuk pergi keje..huhu
hari nie balik malam lagi..
mula2 takut kot tapi da lame2 best :D sejuk je..
btw,doakan aku selamat pergi dan balik okey 
daaa..pen off dulu 

HB :)

assalamualaikum...




-MRYZ-





MAY ALLAH BLESS YOU
AND ALL YOUR WISHES COME TRUE

Wednesday, January 11, 2012

kedai buku :))

Assalamualaikum...

hehehe..ibuk2 bapak2..idayu ngak ada kok...dia di kantor...ini maidnya dia.tolong bikinin post sama si   mr.blog ini.:D
*tetiba idayu yang comel pon datang*prasan sey!haha.....
hey,! my maid..dah2 gi dapo sane..buat kan aku sky jus*air masak je pon.haha.biar aku yang membebel kat sini.kau sibuk je.haha..shuh2 haha
....lama ek jari aku tak menari-nari kat keybord nie..slalu singgah fb je.xsempat nak singgah blog
maaf kan saya 
mr.blog yang comel macam saya jugak nie..
sorry..
saya agak busy and penat sikit sejak dua menjak tiga menjak nie 
hehe :)

now,i am worker...hehe kat kedai buku..skema sungguh :P 
so far so good..
beberapa fakta apabila bekerja di kedai buku :>
  • dikelilingi buku2..hahaha*tu semua orang tau 
  • orang yang datang mesti nak cari buku*=.='' xkan nak cari ikan kot idayu 
  • costemer nie datang mcam bejanji ngan costemer tu haha knape aku cakap cam tu ek?? sebabnye..bila time takde costemer tu memang xde la senang citer,tapi bila sorang da datang mula la nak datang ramai2 dalam 1 masa...hahaha x terlayan aku XD
  • lagi nak maghrib,lagi ramai orang yang datang..kurang didikan agama betul haha.maghrib waktu da la singkat,pekerja nak solat pon kene cepat2..da macam takut tetinggal bas plak haha
  • tapi bila orang ramai serbu kedai buku,tu waktu paling best..terkejar2 kesana kesinie haha..bley kurus kot :D
  • hari2 mesti tangan aku luka sebab papers cut..dasyat ek.kertas pon bley lukakan tangan manusia.dia tak tau yang tangan manusia nie bole capai gunting,gunting2 a.ka. luka kan dia pulak hahaha sengal..
  • aku jumpa bnyak buku2 yang digunakan mase zaman2 skola dulu.sempat la jugak mengimbau kenangan huhuhu rindu skola :')
  • keje kedai buku rilex je..sambil dengar lagu..bley nyanyi2 lagi.nak2 bila akak kat situ bukak radio suria haha layang jiwang 90an pon best kot.haha terhibur costemer XD
  • blajar nak cooperate ngan berbilang bangsa,berbilang,umur,berbilang jantina,berbilang ape ta lagi...haha komunikasi tu yang penting..kena jaga hati orang kan
  • dapat tengok muka2 ibu bapa yang prihatin ngan pelajaran anak2..sungguh2 nak cari buku rujukan la latihan la untuk anak2..siap call anak kat umah ''kakak,nie ade dua jenis buku komsas nie,kakak nak yang mana??ade rm5.9a ngan rm7.90..haha yg anakpon  pow ayah dia..''yah,nak yg rm7.90''hehehe macam2 :)
banyak lagi fakta menarik sebenarnye..tapi da la.cukup takat nie..bukan korang nak keje kat kedai buku pun kan hahahaha....hari nie aku off..so jom kita top up tido k hehe
pen off dulu sahabatss :) salam

Saturday, January 7, 2012

hohoho :)

assalamualaikum..
huhuhu lame tak membebel kan......oit nak citer nie...semalam wa excident! adeh..moto tercium depan kereta honda jazz...tapi syukur alhamdulillah ...xcedere pape..hahaha pengalaman baru XD yang penting wa taksalah huhu...semalam jugak ade reunion budak2 skola rendah wa...comel gile!!!!!!! semua da lain..da besar da cantik2 da handsome2...da kurus...da tinggi...da semua la...haha nak share gambar2 tapi wa tak bawak kemre ma..gara2 xcdent xsempat nk balik umah ambik cem..huhuhu takpe la.erm..alamak ade hal nie..xpat nak bebel banyak2..ok la.. rindu semua sayang semua hahaha :) salam pen off dulu

Monday, January 2, 2012

rindu :')

assalamualaikum...huhuhu

*off to school..nie status fb bila aku nak balik skola selandar..
.sekarang dah tak guna status nie lagi..huhu sedih sebenarnya.
.tapi dah tula kitaran..skola..
then dah tak skola...
dah habis skola nak buat macam mana..kalau nk sangat ..
ape kata apply jadi kakak guard ke kakak kantin ke kakak dewan makan ke..
huhuh rindu la..dah tak de lagi makan makanan yang dimasak oleh kakak2 n abang2 DM...
yang kadang2 sedap hingga menjilat jari kadang2 hampeh tahap budak takde tahun punye masak...
hahaha ape yang penting aku!! rindu.. :')..
rindu nak dengar budak2 junior kejut kita pagi2..hahaha
rindu nak tunggu member senior sebelah katil bangun dulu baru kita bangun :P
rindu nak dengar siren aspuri yang memekak tu *tapi biase nye tak buat aku bangun pon :P
rindu nak cop toilet after2 orang..
rindu nak tadah air sebab air da habis mandi lambat
rindu nak after iron baju..
rindu nak kena jerit2 ngan pengawas betugar kat bawah suh kosongkan asrama :'(
rindu nak pegi skola jalan kaki ngan kawan2
rindu nak duduk kat kelas sama2 lagi..
rindu nak pegi toilet ramai2 time lepas kelas yang sumpah la mengantuk hahaha
rindu nak gelak ramai2 bila kita main gosip2 ngan budak kelas..
.rindu nak susah hati sama2 bila cikgu kita merajuk...
rindu nak dengar cikgu bebel2 bila homework tak siap..
rindu tu rindu nie...!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

arhhh aku RINDU GILE KAT ZAMAN SEKOLAH!!
sumpah best!! syukur Alhamdulillah ya Allah :) dapat aku merasa zaman yang indah tu dalam hidup yang singkat nie... :')
GBR*gebg bilik rehat :)study mates

5einstein *classmates serius best satu klas ngan korang..pelbagai telatah
yang buat hari2 aku happy :')

5einstein*hari graduasi kita bersama :)kita bejaya tamatkannya..
insyallah ada kejayaan buat kita sama2 ..amin :)

dorm 13*tempat aku berteduh selama 4 tahun yang supebr.!
ahli2nya semua best2 gile :D rindu!!

 huhuhuhu hidup tak sellunya indah..tapi yang indah itu akan selalu hidup dalam kenang...selagi hayat di kandung badan..aku takkan lupakan semua nie...insyallah ..pen off :) salam