Monday, February 20, 2012

semoga malaikat doakan kita :)


assalamualaikum :)



Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. “Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkanmalaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’ “

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”

10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11. Orang yang sedang melawat orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”

selesai perkongsian :) pen off..salam alaik 

Sunday, February 19, 2012

for you :)

assalamualaikum...

lets picture tell 


...pen off...

Friday, February 17, 2012

:')



assalamualaikum...

''when we face any problem,we must remember that HE is testing us. HE wants us to be a better person''


tapi aku tak selalu nya rasa kuat :'( ..tak selalu rasa tabah... adeh..lembik betul hamba yang hina ni Ya Allah .. i'm sorry ..astaghfirullahalazim... but YOU always nice toward me rite? there for me every time i need YOU..
terima kasih untuk segalanya ya Allah :') alhamdulillah.aku pasti.Allah takkan menguji lebih dari batas kemampuan aku..Allah maha Mengetahui..tapi maaf ..andai air mata nie tumpah lagi..aku tak sengaja..please give me a strength and endurance ya Allah :') amin

Wednesday, February 15, 2012

doa :)

assalamualaikum....

dah bersawang...huhuhu lama tinggalkan blog nie tak berconteng....i'm sorry mr.blog :'(
biasala kan..keje..penat..jari nie nak berlari-lari atas keybord pon rasa segan2 je..haha..okey2..tak pe..penat nie akan berakhir hujung bulan nie :)) yepiii!!!hahaha semalam dah hantar notis berenti keje 2 minggu..huhuhu cukup la tu kan..cari pengalaman kerja 2 bulan..lepas nie aku nak kembali menjadi suri rumah yang berjaya dan bergaya balik..hee :D...erm..sambil menunggu result keluar...35 days to go..takut..erkk tetiba rasa sakit perut!hahaha...erm...and rasa sedih jugak...knapa??..biarla rahsia...keep do doa..the wireless connection to Allah.. :') ..tadi aku jumpa beberapa ayat nie..bila kita berdoa untuk sesuatu..jangan putus asa bila tak berjaya diperolehi..mungkin bukan sekarang Allah nak makbulkan..tapi nanti....sebab DIA lebih mengetahuikan.. :)
so ayat sebenarnye bebunyi begini :)

tertundanya pemberian setelah kamu berulang ulang permintaan,
janganlah membuatmu berpatah harapan..
Allah menjamin pengkabulan doa sesuai dengan apa yang DIA pilih buatmu,
bukan menurut apa yang kamu pilih sendiri...
Dan pada saat yang DIA kehendaki,
bukan pada saat yang kamu kehendaki....
kerana sesungguhnya DIA MAHA MENGETAHUI..



"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah, 2: 216)




huhuhu..cukup untuk kali nie perkongsian..pen off dulu..assalamualaikum..

Thursday, February 2, 2012

:)

asalamualaikum.............

less mood to post anything...
penat...
anis najwa...
kalau tengah happy baru buat TaG kau tu kan..
nanti la ea..
bila happy aku buat k..
i"m sorry..
btw
thanks to anis najwa :)