Tuesday, February 1, 2011

aku sebiji epal.... :)

assalamualaikum....
sekadar ingin berkongsi...andai aku mampu jadi epal yang berada di puncak....huhuhu insyallah :)

indah sungguh cuaca pagi itu . angin bertiup tenang sepui-sepui bahasa.sinaran matahari lembut menyinari alam tapi sayang..semua itu tidak mampu memadamkan kegundahan hati sebiji epal yang berada nun di puncak. sejak seminggu lalu,epal itu asyik berfikir..kenapa aku tidak dipetik orang? sedangkan kulitku halus dan licin...warnaku merah cukup untuk membangkitkan selera orang yang melihatnya. pasti mereka terbayang betapa manisnya aku. tetapi mengapa aku masih belum dipetik orang?

Epal tersebut memandang ke bawah.hairan.mengapa manusia memilih kawan-kawan yang berada di bawah sana?bukankah mereka tidak mendapat cahaya dan udara paling bersih dan murni seperti yang aku peroleh di puncak ini. bukankah rakan-rakanku itu ada yang sudah buruk dirosakkan serangga?

Epal itu menjadi bingung memikirkan mengapa rakan-rakannya yang sudah pun disentuh dan dibelek-belek menjadi pilihan,bukan dirinya yang belum tercemar dan dicuit orang yang menjadi pilihan. apa kurang dirinya? perasaan rendah diri mula bertandang..makin lama makin menebal namun apabila murung dan kecewanya telah hilang...lalu pada pagi yang damai dia telah menggugurkan dirinya ke tanah. apabila sudah berada di tanah hatinya gembira bukan kepalang. sedetik lagi aku akan menjadi pilihan manusia. warna merahku yang berkilau dan kulitu yang licin mulus ini pasti menambat hati mereka.

Epal menanti manusia bertuah itu. malangnya sampai ke malam, tiada seorang pon mengambilnya. buah-buahan yang bergantung mudah dicapai juga menjadi pilihan orang. yang sudah dibelek-belek, dicuit-cuit dan disentuh-sentuh juga menjadi buruan. rasa gembira sudah bertukar menjadi risau. daripada risau menjadi sedih.

Siang berganti malam. hari berganti minggu. namun tiada siapa yang memilih epal yang berada di tanah itu. akhirnya epal itu menjadi busuk dan dimakan ulat serta seranggga perosak...

''wanita ibarat epal,epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah tetapi epal yang tidak mampu diperolehi berada di puncak.susah dipetik,susah digapai namun kadang kala epal itu risau,mengapalah diriku belum dipetik lagi??lantas dia merendahkan martabatnya lalu menggugurkan dirinya ke tanah,sedangkan ia sebenarnya telah ditinggikan Allah martabatnya sehingga tiada siapa mampu memetik. hanya pemuda yang benar-benar beriman sahaja mampu memilikinya. Mungkin bukan di dunia tetapi di akhirat. biarlah jodoh bukan di dunia asalkan cinta ILLAHI mengiringinya....''

No comments:

Post a Comment